Penjurian Perbadanan Putrajaya sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan SKPP11(2)

Perbadanan Putrajaya menganjurkan pertandingan secara tahunan untuk menilai sambutan bulan kemerdekaan di setiap premis kerajaan di Putrajaya. SKPP11(2)  dinilai dalam kategori sekolah rendah pada 28/8/2024. 

Sambutan telah dilakukan dengan sangat meriah dari semua warga sekolah dan guru-guru serta ibubapa yang turut hadir memeriahkan acara. Pihak PIBG turut memberi sokongan dengan memberi sumbangan tenaga dan khidmat pada hari berkenaan. Pihak sekolah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menjayakan aktiviti ini saban tahun.

Semoga sekolah kita mendapat tempat pada tahun ini. Amin Mudah Mudahan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *