
Mesyuarat Agung PIBG SKPP11(2) Kali Ke-17
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKPP11(2) Kali Ke-17 telah berjaya diadakan pada 14 Jun 2025 bertempat di Dewan Ibnu Bathuta SKPP11(2).
Kehadiran ibu bapa pada mesyuarat kali ini amat menggalakkan, menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kesejahteraan pendidikan anak-anak. Pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan secara teliti dan diharapkan semua resolusi yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan segera demi kebaikan bersama seluruh warga sekolah, terutamanya murid-murid SKPP11(2).
Pembubaran dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baharu
Mesyuarat kali ini turut menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG sesi 2023-2025. Sesi undian kemudiannya dijalankan bagi memilih AJK baharu untuk sesi 2025-2027.
Berikut adalah senarai AJK baharu yang telah dilantik secara rasmi. Diharapkan permuafakatan dan kerjasama erat antara pihak sekolah dan AJK baharu dapat diperkukuh. Kerjasama ini penting dalam memacu peningkatan pencapaian murid dan sekolah ke tahap yang lebih baik.

















