🎉 Mengimbas Kembali: Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2025 🎉
Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang telah berlangsung pada 23 Mei 2025 yang lalu telah berjalan dengan jayanya.
Dengan tema yang sungguh bermakna, “Kalau Aku Bukan Guru”, majlis ini menjadi platform yang indah untuk seluruh warga sekolah menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kepada barisan pendidik yang tidak pernah lelah berkorban demi anak bangsa. Suasana majlis amat meriah dan penuh kegembiraan, mencerminkan semangat kekeluargaan yang utuh.
Pihak PIBG turut sama memeriahkan majlis ini, dengan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru telah menjadikan sambutan kali ini lebih istimewa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru atas jasa dan sumbangan yang tidak terhitung. Terima kasih juga kepada semua murid, ibu bapa, dan AJK PIBG yang telah bekerjasama menjayakan majlis ini.
Semoga jalinan ukhuwah ini terus kukuh demi kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.
#TerimaKasihCikgu #HariGuru2025 #KalauAkuBukanGuru #SKPP11(2)














